Monday, March 31, 2014

Terima Kasih Teman...


Kau hulurkan tanganmu,
Disaat aku jatuh. 
Disaat aku masih ragu-ragu,
Harus ku terus bangkit dari terus rapuh.

Kau ada disaat semangat ku semakin goyah dan pilu. 
Kau ada tatkala susah dan senang ku,
Kau ada bila aku butuhkan mu,
kau sentiasa bersama disamping senyum dan tangis ku.

Tatkala aku jatuh, kau pasti memapahku
Bersama semangat yang kau bawa,
Dan kau hulurkan tanganmu,
Untuk aku terus bangkit dan terus melangkah.

Mungkin kerana tuhan mahukan kita terus bersama. 
Atau tuhan telah kurniakan aku seorang teman yang sangat berharga,
Juga DIA jadikan kau pelengkap suka duka,
Kerana kau yang teristimewa. 

Terima kasih atas segalanya
Mungkin tuhan sahaja yang mampu membalasnya.


*Buat seorang kawan, sahabat, kekasih dan teman sejati.



credit to Mr. Anonymous (AAD)

No comments:

: : : humble me : Myabadi : : :

: : : myabadimir'ain : : :

: : : myabadimir'ain : : :