Monday, March 31, 2014

Terima Kasih Teman...


Kau hulurkan tanganmu,
Disaat aku jatuh. 
Disaat aku masih ragu-ragu,
Harus ku terus bangkit dari terus rapuh.

Kau ada disaat semangat ku semakin goyah dan pilu. 
Kau ada tatkala susah dan senang ku,
Kau ada bila aku butuhkan mu,
kau sentiasa bersama disamping senyum dan tangis ku.

Tatkala aku jatuh, kau pasti memapahku
Bersama semangat yang kau bawa,
Dan kau hulurkan tanganmu,
Untuk aku terus bangkit dan terus melangkah.

Mungkin kerana tuhan mahukan kita terus bersama. 
Atau tuhan telah kurniakan aku seorang teman yang sangat berharga,
Juga DIA jadikan kau pelengkap suka duka,
Kerana kau yang teristimewa. 

Terima kasih atas segalanya
Mungkin tuhan sahaja yang mampu membalasnya.


*Buat seorang kawan, sahabat, kekasih dan teman sejati.



credit to Mr. Anonymous (AAD)

Teman yang setia...

Terima kasih Anggi...


Saturday, March 29, 2014

Andai Aku Sudah Pergi.

Andai aku sudah pergi. 
Kepergianku janganlah ditangisi. 
Kepulanganku menyahut seruan Ilahi. 
Relakan kupergi dengan setulusnya hati. 

Andai aku sudah pergi. 
Seperti yang selalu menemanimu di sisi. 
Usahlah bersedih sendu dan menyendiri. 
Simpanlah kenangan disudut memori.

Andai aku sudah pergi. 
Bersama cintamu kubawa pergi. 
Bersama kasihmu setia menemani. 
Usahlah disesali suratan dari Ilahi. 

Andai aku sudah pergi. 
Ketahuilah kau tetap kusayangi. 
Usahlah diratapi kehilangan ini. 
Kurelakan kau tuk mencari pengganti.

Andai aku sudah pergi. 
Limpahi daku ketulusan doa suci. 
Iringilah daku di perkuburan sepi. 
Biarlah tenang jasadku bersemadi. 

Tanpa rintihanmu yang kusayangi. 
Tanpa setitis airmata membasahi bumi. 
Muga di sana bertemu kedamaian abadi. 
Di sisi Tuhan Yang Maha Mengasihi. 

Andainya aku sudah pergi. 
Puisi kutinggalkan sebagai penganti. 
Menemani laramu dikala sepi. 
Di situlah rahsia cintaku tersembunyi. 

Abadi kasihku untukmu yang kusayangi.

Andai aku sudah pergi.

credit to Mr. Anonymous

Sunday, March 09, 2014

: : : humble me : Myabadi : : :

: : : myabadimir'ain : : :

: : : myabadimir'ain : : :