Wednesday, February 24, 2016

bacalah...


"Aku suka tengok orang solat. Tapi kenapa aku takda rasa nak solat?"

"Aku ada banyak benda nak minta diperkenankan oleh Allah, jadi aku hanya berdoa dan terus berdoa. Bila diajak untuk solat berjemaah di surau/masjid, kenapa macam2 alasan aku cipta?"

"Aku bukannya jahat. Aku tak reti nak menipu. Aku tak reti nak mencuri. Aku benci orang yang buat jahat. Tapi aku malas nak solat."

"KENAPA AKU JADI MACAM NI?"

Kita tahu kita salah sebab kita tak solat. Kita tahu tinggalkan solat tu adalah satu dosa. Kita tahu perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah nanti ada solat. Kita tahu kalau kita tak solat, kita boleh disamakan dengan orang yang kafir. Kita tahu solat tu tak ambil masa yang lama. Cuma 10 minit.

Tapi, walau kita dah tahu, kita masih tinggalkan jugak solat. Kenapa?

1. Sebab kita tak sedar diri kita ni hanyalah seorang hamba Allah.
2. Sebab tak sedar mati tu bila2 masa je.
3. Sebab urusan dunia lagi seronok.
4. Sebab tak fikir nasib kat akhirat nanti.
5. Sebab tak sedar bahawa hidup kat dunia ni sementara. Kita ada satu lagi kehidupan, iaitu Akhirat.
6. Sebab jarang ikut kelas agama. Kurangnya ilmu agama.
7. Sebab kawan2 pun bukan jenis yang pentingkan solat.
8. Sebab mengutamakan nafsu.
9. Sebab orang tak peduli pun kita solat ke tidak.
10. Sebab ganjaran pahala solat ni kita tak nampak.
11. Sebab memandang ringan pada solat.
12. Sebab solat dianggap ritual yang tidak dihayati.

Cukuplah sedozen alasan aku bagi. Sekarang mungkin boleh nak bagi alasan. Tapi kat sana nanti, nak jawab apa?

Jom kita muhasabah diri kita balik. Apa yang kurang kita tambahkan. Jangan kita sombong dengan ilmu agama. Kita mesti kena selalu bersyukur. Nikmat Allah tak terkira dek akal. Alhamdulillah kita masih dapat menghirup oksigen.

#BahagianDakwahJakim

: : : humble me : Myabadi : : :

My photo

Don't walk behind me; I may not lead. 
Don't walk in front of me; I may not follow. 
Just walk beside me and be my friend...


: : : myabadimir'ain : : :

: : : myabadimir'ain : : :