Saturday, September 26, 2015

jom berubah! 😊






😊😍😘🎈✔️

Thursday, July 23, 2015

owh IBU...😢

Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.
Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.
Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.
Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.
Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.
Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah. Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"
Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.
Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.
Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.
Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.
Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah. Kami banyak buat salah pada ayah". Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.
-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. 

Nauzubillahiminzalik.
Karyawan Bisu

Tuesday, June 09, 2015

#PrayForSabah

Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” 

- Surah al-Baqarah : 155 - 157


WIRAKU SI MALIM GUNUNG

Musibah datang tanpa diduga,
Bumi bergegar gegak gempita,
Ada yang terpinga, ada juga bertanya,
Apakah ini sebuah petanda,
Si kulit putih itu punya angkara,
Berbuat cela dan membawa celaka,
Lantas Aki Nabalu menjadi murka.

Duhai hati berasa rawan,
Ada nestapa di sebalik awan,
Donkey Ear lambang kemegahan,
Tertewas tika dilanda gegaran.
Ada bongkah jatuh berguguran,
Jatuh menimpa di perlimbahan,
Hingga ada yang terkorban.

Mana yang selamat terus bertahan,
Hendak turun ada halangan,
Rosak terputus jalan laluan,
Hanya pasrah menanti bantuan,
Pasrah didakap rasa kedinginan.

Satu saat bagaikan seabad,
Bantuan diharap janganlah lambat,
Lantaran cuaca tidak sepakat,
Bantuan sukar kunjung mendekat.

Di situlah bangkit sebuah kudrat,
Malim gunung dengan saf yang rapat,
Memberi bantuan menjadi niat,
Walaupun dugaan ditempuh hebat.

Peralatan canggih tiada di tangan,
Hanya pengalaman jadi pedoman,
Tanpa hiraukan keselamatan diri,
Terus mendaki terus mencari;

Ada mangsa yang rebah, dipapah
Ada mangsa yang takut, disikut
Ada mangsa yang dingin, dipangkin
Ada mangsa tak larat, diangkat
Apa jua kaedahnya,
Malim gunung tetap mara,
Sekalipun bumi masih bergegar,
Semua mangsa mesti dikejar,
Sehingga ada kisah yang tragis,
Hendak ku tulis, air mata menitis,
Hanya ku panjat serumpun doa,
Moga dia tenang di sana.

Itulah malim gunung,
Walaupun jawatannya tidak agung,
Mereka tidak minta disanjung,
Jauh sekali bersifat sombong;
Mereka membantu pendaki yang bingung,
Menegur pendaki yang terpesong,
Tetapi dirinya jua yang digonggong.

Malim gunung hatinya sabar,
Malim gunung tak akan gentar,
Malim gunung bukan pendekar,
Namun dialah wira sebenar.

ENGKU NILA UTAMA
Kota Kinabalu
7 Jun 2015

-------------------------------------
Ku nukilkan puisi ini buat malim-malim Gunung Kinabalu. Andai tuan/puan berminat utk menerbitkan puisi ini, saya tiada halangan. Cuma berjanjilah, jika puisi ini mendatangkan hasil maka saya memohon hasil itu diserahkan kpd tabung persatuan malim Gunung Kinabalu. Saya tidak akan mengambil hasil itu kerana itu adalah derma saya kpd mereka.
-------------------------------------
#PrayForSabah
#PrayForBorneo

Friday, April 24, 2015

1 hari 1 hadis (2)

Seorang sahabat datang kepada Nabi Saw dan bertanya:

"Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku suatu amalan yang bila aku amalkan niscaya aku akan dicintai Allah dan manusia."

Rasulullah Saw menjawab:

"Hiduplah di dunia dengan berzuhud (bersahaja) maka kamu akan dicintai Allah, dan jangan tamak terhadap apa yang ada di tangan manusia, niscaya kamu akan disenangi manusia." 

(HR. Ibnu Majah).

Jazzakallahukhair.
Selamat beramal.
Indahnya hidup ini...

Wednesday, April 22, 2015

1 hari 1 hadis

Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke surga. Selama seorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). 
Hati-hatilah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. 
Selama seorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta (pembohong).

(HR. Bukhari)

Jazzakallahukhair.
Selamat beramal.
Indahnya hidup ini...

Friday, January 23, 2015

ARIES – The Aggressive

This is the real deal. Try ignoring it, and the first thing you’ll notice is having a horrible day starting tomorrow morning, and it only gets worse from there.

AQUARIUS – Does It in the Water (January 20 to February 18)
Trustworthy. Attractive. Great kisser. One of a kind. Loves being in long-term relationships. Tries hard. Will take on any project. Proud of themselves in whatever they do. Messy and unorganized. Procrastinators. Great lovers, when they’re not sleeping. Extreme thinkers. Loves their pets usually more than their family. Can be VERY irritating to others when they try to explain or tell a story. Unpredictable. Will exceed your expectations. Not a fighter, but will knock your lights out. 2 years of bad luck if you do not share this post.

PISCES – The Partner for Life (February 19 to March 20)
Caring and kind. Smart. Likes to be the center of attention. Very organized. High appeal to opposite sex. Likes to have the last word. Good to find, but hard to keep. Passionate, wonderful lovers. Fun to be around. Too trusting at times and gets hurt easily. VERY caring. They always try to do the right thing and sometimes get the short end of the stick. They sometimes get used by others and get hurt because of their trusting. Extremely weird but in a good way. Good sense of humor!! Thoughtful. Loves to joke. Very popular. Silly, fun and sweet. Good friend to others but needs to be choosy on who they allow their friends to be. 5 years of bad luck if you do not share this post.

ARIES – The Aggressive (March 21 to April 19)
Outgoing. Lovable. Spontaneous. Not one to mess with. Funny… Excellent kisser. EXTREMELY adorable. Loves relationships, and family is very important to an Aries. Aries are known for being generous and giving. Addictive. Loud. Always has the need to be ‘Right’. Aries will argue to prove their point for hours and hours. Aries are some of the most wonderful people in the world. 16 years of bad luck if you do not share this post.

TAURUS – The Tramp (April 20 to May 20)
Aggressive. Loves being in long relationships. Likes to give a good fight. Fight for what they want. Can be annoying at times, but for the love of attention. Extremely outgoing. Loves to help people in times of need. Good kisser. Good personality. Stubborn. A caring person. They can be self-centered and if they want something they will do anything to get it. They love to sleep and can be lazy. One of a kind. Not one to mess with. Are the most attractive people on earth! 15 years of bad luck if you do not share this post.

GEMINI – The Twin (May 21 to June 20)
Nice. Love is one of a kind. Great listeners. Very good at confusing people. Lover not a fighter, but will still knock you out. Geminis will not take any crap from anyone. Geminis like to tell people what they should do and get offended easily. They are great at losing things and are forgetful. Geminis can be very sarcastic and childish at times and are very nosy. Trustworthy. Always happy. VERY Loud. Talkative. Outgoing. VERY FORGIVING. Loves to make out. Has a beautiful smile. Generous. Strong. THE MOST IRRESISTIBLE. 9 years of bad luck if you do not share this post.

CANCER – The Beauty (June 21 to July 22)
MOST AMAZING KISSER. Very high appeal. A Cancer’s love is one of a kind… Very romantic. Most caring person you will ever meet in your life. Entirely creative person, most are artists and insane, respectfully speaking. They perfected sex and do it often. Extremely random. An ultimate freak. Extremely funny and is usually the life of the party. Most Cancers will take you under their wing and into their hearts where you will remain forever. Cancers make love with a passion beyond compare. Spontaneous. Not a fighter, but will kick your ass good if it comes down to it. Someone you should hold on to! 12 years of bad luck if you do not share this post.

LEO – The Lion (July 23 to August 22)
Great talker. Attractive and passionate. Laid back. Usually happy but when unhappy tend to be grouchy and childish. A Leo’s problem becomes everyone’s problem. Most Leos are very predictable and tend to be monotonous. Knows how to have fun. Is really good at almost anything. Great kisser. Very predictable. Outgoing. Down to earth. Addictive. Attractive. Loud. Loves being in long relationships. Talkative. Not one to mess with. Rare to find. Good when found. 7 years of bad luck if you do not share this post.

VIRGO – The One that Waits (August 23 to September 22)
Dominant in relationships. Someone loves them right now. Always wants the last word. Caring. Smart. Loud. Loyal. Easy to talk to. Everything you ever wanted. Easy to please. A pushover. Loves to gamble and take chances. Needs to have the last say in everything. They think they know everything and usually do. Respectful to others but you will quickly lose their respect if you do something untrustworthy towards them and never regain respect. They do not forgive and never forget. The one and only. 7 years of bad luck if you do not share this post.

LIBRA – The Lame One (September 23 to October 22)
Nice to everyone they meet. Their love is one of a kind. Silly, funny and sweet. Have own unique appeal. Most caring person you will ever meet! However, not the kind of person you want to mess with… you might end up crying. Libras can cause as much havoc as they can prevent. Faithful friends to the end. Can hold a grudge for years. Libras are someone you want on your side. Usually great at sports and are extreme sports fanatics. Very creative. A hopeless romantic. 9 years of bad luck if you do not share this post.

SCORPIO – The Addict (October 23 to November 21)
EXTREMELY adorable. Loves to joke. Very good sense of humor. Will try almost anything once. Loves to be pampered. Energetic. Predictable. GREAT kisser. Always get what they want. Attractive. Loves being in long relationships. Talkative. Loves to party but at times to the extreme. Loves the smell and feel of money and is good at making it but just as good at spending it! Very protective over loved ones. HARD workers. Can be a good friend but if is disrespected by a friend, the friendship will end. Romantic. Caring. 4 years of bad Luck if you do not share this post.

SAGITTARIUS – The Promiscuous One (November 22 to December 21)
Spontaneous. High appeal. Rare to find. Great when found. Loves being in long relationships. So much love to give. A loner most of the time. Loses patience easily and will not take crap. If in a bad mood stay FAR away. Gets offended easily and remembers the offense forever. Loves deeply but at times will not show it, feels it is a sign of weakness. Has many fears but will not show it. VERY private person. Defends loved ones with all their abilities. Can be childish often. Not one to mess with. Very pretty. Very romantic. Nice to everyone they meet. Their Love is one of a kind. Silly, fun and sweet. Have own unique appeal. Most caring person you will ever meet! Amazing in bed!!! Not the kind of person you want to mess with- you might end up crying. 4 years of bad luck if you do not share this post.

CAPRICORN – The Passionate Lover (December 22 to January 19)
Love to bust. Nice. Sassy. Intelligent. Sexy. Grouchy at times and annoying to some. Lazy and love to take it easy, but when they find a job or something they like to do they put their all into it. Proud, understanding and sweet. Irresistible. Loves being in long relationships. Great talker. Always gets what he or she wants. Cool. Loves to win against other signs in sports, especially Gemini’s. Likes to cook but would rather go out. To eat at good restaurants. Extremely fun. Loves to joke. Smart. 24 years of bad luck if you do not share this post.

Friday, January 16, 2015

Sepatu Kayu

kisah hebat ini sy copy dari hamba Allah yg sy xpasti siapa... dan semoga peringatan di dunia ini membawa kebaikkan di akhirat untuk kita semua... InsyaAllah.

ada waktunya kita terlupa, bukan melayu je yg mudah lupa... manusia seluruhnya...
selamat hari jumaat… :)


Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah, atau popular disebut Imam Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan mengenakan sepatu kayu.

Sang imam berkata,
"Hati-hati nak dengan sepatu kayumu itu! Jangan sampai kau tergelincir."

Anak kecil ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, tuan?", tanya si anak kecil.

"Nu'man namaku.", jawab sang imam.

"Jadi, tuan lah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam Agung) itu...?", tanya si anak kecil.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu, masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku."

"Wahai Imam, hati-hati dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran."

"Sepatu kayuku ini mungkin hanya menggelincirkan aku di dunia. Tapi gelaran mu itu dapat menjerumuskan mu ke dalam api yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertainya."

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itu pun tersungkur menangis. Imam Abu Hanifah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan datang dari lidah seorang anak kecil.

Betapa banyak manusia tertipu kerana pangkat, jawatan, jabatan, tertipu kerana kedudukan dan tertipu kerana kemaqamannya. Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk keangkuhan.

Ya Karim…

Semoga kita menjadi seseorang yang lebih bertanggung jawab lagi.

 اِ نْشَآءَ اللّهُ
آمِين آمِين آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Sent from myA's iPhone

Friday, January 09, 2015

Friday, October 24, 2014

1436 H


assalamualaikum...
selamat tahun baru.
salam maal hijrah 1436 H...

seikhlasnya sy memohon maaf, atas keterlanjuran kata2 dan perbuatan sy, andai ada yg telah mengguris rasa antara kita, sama ada dlm ketawa atau airmata... tanpa sedar atau sebaliknya.
sy mohon, maafkanlah sy...

carilah dunia dan jgnlah lupakan simpanan akhirat kita, ikhlas dan jujurlah menjadi manusia yg menghargai kehidupan dan cubalah untuk memaafkan kesilapan... juga sampaikanlah pesanan yg baik sebagai ingatan dan janganlah berpura2 untuk mendapatkan perhatian dan sanjungan manusia.
peringatan ini untuk diri sy, dia, kamu dan mereka... 😊
sesungguhnya, ada 2 hal pada dirimu yg dicintai oleh Allah s.w.t., iaitu lemah lembut dan tidak mudah marah. (HR Muslim)

semoga kita semua menjadi insan yg lebih baik dari tahun2 yg telah berlalu, dimurahkan dgn rezeki yg halal, ditambahkan iman dan amalan yg baik, diberikan kesihatan untuk berbakti kepada ibubapa dan masyarakat... dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. 
insyaAllah... amin.🍭

selamat tahun baru hijrah...
ikhlas🎈
NFK ~ муαвα∂ιкαмιя


Friday, October 10, 2014

Pencintanya...

kalau pown bukan pencintanya, 
cukuplah dgn menjadi manusia yg punya rasa... 

kasihanilah mereka...🐈

Sunday, October 05, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha...🎈

Alhamdulillah... 
dikurniakan lagi hari baru oleh Allah swt... hari ini Hari Raya Aldiladha a.k.a Korban.

alangkah bertuahnya diri ini, bila melihat kwn2 dan org ramai jg berpusu2 balik kampung, sedang sy hari2 balik kampung... menatap wajah mak setiap hari 😊 Alhamdulillah... kiri kanan, depan dan belakang dikalangan saudara mara terdekat... kemudahan semuanya berdekatan. terima kasih nenek, atuk juga moyang2 yg terdahulu membuka penempatan utk kami... seharusnya kita bersyukur, xsusah pown... bersyukur yg paling mudah ucapkan syukur itu dgn kalimah Alhamdulillah...

sy percaya ada hikmahnya. walau sy xpernah merasa pengalaman balik kampung itu tp sy doakan kwn2 sy selamat dalam perjalanan pergi dan balik. kadang bila terlihat ada kemalangan2 musim2 perayaan neh, hati selalu berdoa smoga sedara mara ke kwn2 or kenalan terbaik sy xterlibat dlm kemalangan tu... heh! tp ajal maut ketentuan tuhan sy pown belum tentunya walau dlm kaw rumah sendiri kan... mohon tuhan pelihara kesejahteraan kita, hidup dan mati kita semua dlm keimanan yg terpelihara hendaknya... amin.

melihat kota kuala lumpur damai seketika... heh! tp... ramai pulak dgn "pelancong" hehehe... xpelah, asal masih selamat untuk warganegara mcm sy... bolehlaaa... neway. usai subuh, ini entry hari raya sy... walau byk lg entry yg luvang sana sini... subuh neh tiba2 terajin, masih dlm telekung atas tikar sejadah... menaip kt notes dgn harapan untuk upload dlm blog sy itewwww. 
hewhewhew...☺️🎈

semoga Allah permudahkan segala urusan kite semua, urusan jemaah haji kt tanah suci sana dan menerima ibadah korban umat islam serata dunia... amin.

jom siap2 tolong mak kt dapur n siap2 nak gi masjid untuk solat sunat hari raya!!! weee~ 

selamat hari raya aidiladha...😘

Wednesday, September 24, 2014

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG...

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.
1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.
2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.
Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.
3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.
4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.
Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.
5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.
6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.
7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….
“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”
“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”
“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”
“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.
8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….
“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”
“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.
“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.
Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)
Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”
ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.
9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.
10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.
11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.
Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.
” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”
Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.
Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.
12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..
Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….
“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”
Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.
13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.
Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….
“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”
Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.
14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.
“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”
Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.
****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.
Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah
sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.
Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Dari tinta Dr Fuad Latip
5 Sept 2014.

Sunday, August 31, 2014

happy MERDEKA day...

di sini lahirnya sebuah cinta...

Selamat Menyambut KeMERDEKAan yg ke 57, Malaysia...🎈

#Malaysia #31082014 #proudtobemalaysian #ilovemalaysia #merdeka 

Sunday, July 20, 2014

KeranaMu...


Ketika orang lain bergantung pada dunia,
gantunglah dirimu hanya pada Allah.
Ketika orang lain bergembira dengan dunia,
jadikanlah dirimu gembira kerana Allah.
Ketika orang lain bahagia kerana kekasih mereka,
jadikanlah dirimu bahagia kerana Allah.

Bersyukur dengan apa yang kita miliki, percaya pada ketentuan Allah swt, qada dan qadar dariNya. Kecewa, terluka, dilukai, derita juga sengsara jiwa adalah perasaan yang kita semuakan rasa. Akan tetapi, hanyut dengan sejuta rasa itu adalah pilihan kita sendiri...

Hari ini, ramainya manusia memilih untuk menghukum manusia lain sewenangnya. Sedarkah siapa kita? Mungkin... Kita lupa pada kuasa Dia, pada bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung dipinjamkan sementara, juga pada jasad yang membawa jiwa merentasi kehidupan... Mungkin!!!?
Memilih untuk tertawa pada cariknya kain dia, sehingga lupa yang punya kita, benangnya sudah tetas sekian lama... Sesungguhnya bukan mudah menjadi manusia, sempurna itu bukan milik kita... Kita ada pilihan untuk kenal dengan SABAR, berkawan dengan IKHLAS dan berkasih dan sayang dengan REDHA.
Bergantung juga pada hati kita... bukan salah sesiapa... saya, kamu dan dia menari dalam kehidupan kita yang tidak mungkin sama rentaknya... Terpulanglah pada irama mana yang sesuai dengan jiwa kita...  Jangan lupa, kita juga punya pilihan untuk ingat dan mengingatkan antara kita. Saya belajar untuk menerima sesiapa sahaja seadanya, seikhlas dan semampunya seorang saya. Saya tidak menghukum, pada bahu saya ada seribu cerita mereka. Saya memberi ruang dan mendengar apa sahaja cerita tanpa ada sesiapa pula tahu cerita seorang saya... Itu pilihan saya. Saya percaya pada balasan tuhan, kerana tidak ada ruginya menjadi baik, walaupown tidak selalunya untung...


By being hurted, we learn not to hurt people because we already know how much pain it caused... so live your life, forgive and forget...

#sayabukaninsansempurna namun,
#sedangmendidikdirisendiri juga,
#tandaingatanuntuksemua 😊

Thursday, June 12, 2014

tahu...

dan kau tanya dalam diam
dengan mata kau biar pejam
bagaimana mampu wujud sunyi
di riuh engkau berdiri

satu persatu hilang ertinya
berdikit dikit menyesak dada
mahu kau lari dan bersembunyi
tapi mana engkau harus pergi

haus tak terpuas lautan
lapar tak terkenyangkan
kau tahu namun tak kau akukan

kau selongkar bumi langit petala
sedang jawabnya lama engkau ada
maka perlu apa engkau bongkar gali
kalau cuma diletak tepi

sayu tak terjelas fikiran
rebah tak tersambutkan
kau tahu
namun tak kau akukan

apa kau cari
yang sebetul betulnya
lama mana begini
bertelanjang jiwanya

apa kau nanti
yang sesungguh sunguhnya
malam siang berganti
jawabnya tetap sama

sayu tak terjalas fikiran
rebah tak tersambutkan
kau tahu
kau sayu
kau rindu
sama tuhan...

tahu - fynn jamal

Sunday, May 11, 2014

Selamat Hari Ibu, Mak...




bukan hanya untuk hari ini... setiap hari adalah hari ibu...
semoga tuhan memberkati; 
setiap titis kasih sayangmu, 
setiap lelah pengorbananmu,
setiap derita hidupmu,
setiap derai tawamu,
setiap doa ikhlasmu,
dan setiap segala sesuatu yg menjadikan syurga itu milikmu ibu...

kalau diriku terlihat tabah... insan ini jauh lebih lagi...
Mak... terima kasih untuk pengorbananmu sebelum dan semasa melahirkan juga sepanjang tempoh kedewasaan ini. hanya Allah swt yg dapat membalas segalanya kerana Dia dan demi Dia...
selamat hari ibu, Mak...

semoga tuhan melindungimu dengan rahmat dan kasih sayangNya setiap masa... terima kasih dan sayang untuk mak selamanya sampai ke syurga... amin. insyaAllah...

me love u, Mak...❤️

Wednesday, April 23, 2014

: : : humble me : Myabadi : : :

: : : myabadimir'ain : : :

: : : myabadimir'ain : : :